Wednesday, May 4, 2011

Kucing Maine Coon





Mitos dan sejarah Kucing Maine Coon ..


Mengikut apa yang telah saya baca di blog-blog , forum-forum
kucing dan laman sesawang yang lain ... Jenis kucing Maine Coon ni kononnya berasal dari USA, Maine. Berdasarkan mitos yang mana pada zaman dahulu ketika terjadinya revolusi di Perancis ada seorang Ratu Perancis yang bernama Marie Antoinette dengan bantuan Captain Samuel Clough telah melarikan diri daripada dihukum mati. Walaupun beliau melarikan diri , beliau membawa pelbagai koleksi peribadi beliau *sempat pulak ratu ni nak kemas harta benda dia, kalau saya la... good bye bebarang lain, saya kaut dua tiga uncang emas, saya blah laaaa... ops terlebih sudah* ,termasuklah 6 ekor kucing yang berbulu panjang. Setelah penat melarikan diri, Marie Antoinette pun berkampung la di Wiscasset, Maine dan dari sejak itulah wujudnya kucing-kucing Maine Coon di mana kucing-kucing Marie Antoinette yang 6 ekor tu dengan bebas telah berkahwin dengan kucing-kucing tempatan yang berbulu pendek.






Macammana pun ade orang cakap ... kita boleh cuba bayangkan baka kucing Birman berkahwin dengan Turkish, kucing Angora (yang katanya di bawa oleh pedagang Inggeris) berkahwin dengan Norwegian Forest Cat (telah dibawa ke Amerika oleh Bangsa Viking), mungkinlah perkahwinan-perkahwinan campur antara baka-baka kucing ini telah menghasilkan Kucing Maine Coon.


Oleh kerana bentuk bentuk dan warna ekor kucing Maine Coon seakan kor Racoon , maka ramai yang percaya bahawa kucing Maine Coon terhasil daripada perkahwinan Racoon dan kucing-kucing tempatan/liar. *errr boleh ke ?* Dan nama MAINE COON di ambil sempena nama tempat Ratu Perancis, Marie Antoinette berkampung di Wiscasset, Maine semasa melarikan diri.



Menurut rekod pertandingan kucing pernah di adakan di Madison Square Garden, Cosie yang berwarna brown tabby adalah kucing Maine Coon pertama yang telah mengambil bahagian didalam pertandingan itu. Cosie juga telah memenangi pertandingan itu.


Dikatakan juga kucing Maine Coon mula di daftarkan pada tahun 1950 dan enam orang penggemar kucing telah mula membiakkan kucing-kucing Maine Coon pada tahun 1968. Mereka juga membentuk "Maine Coon Breeders and Fanciers Association (MCBFA)" bagi mengekalkan keistimewaan baka ini.


Kalau korang nak tau, kucing Maine Coon asli (yang memula dulu) mempunyai lebihan jari kaki daripada kucing-kucing lain, tapi itu dulu laa.. sebab ade organisasi dan kelab-kelab kucing tidak mengiktiraf kucing-kucing polidactyl (mempunyai jari lebih). So .. sangat susahlah kalau korang nak jumpa kucing Maine Coon yang ade gen polidactyl ni...


Ciri-ciri umum/sifat Kucing Maine Coon ;-

~ aktif dan manja
~ bersifat ingin tahu yang tinggi *no wonder laa Shiro cepat je perhatikan bende-bende melintas*
~ bijak, pandai menyesuaikan diri
~ harga yang agak mahal
~ Jangkahayat: 9-15 years.
~ kelihatan cantik dan pembersih
~ kuat bermain-main
~ mengawal populasi tikus
~ penyayang walaupun nampak besar, kasar.
~ pertumbuhan dan perkembangan yang lambat (tak sure, cam kejap je dah besar kucing-kucing saya)
~ salah satu daripada baka kucing yang popular
~ suka nak berkawan
~ sukakan air (ini tak de !)
~ umur matang di jangka pada umur 3 hingga 5 tahun untuk saiz badan yang sebenar.



Ciri-ciri fizikal Kucing Maine Coon ;-
(kot-kot laa ade sama dengan ciri-ciri kucing korang)

~ berat kucing betina dewasa boleh mencapai dari 4kg sehingga 6kg
~ berat kucing jantan dewasa boleh mencapai 9kg
~ bulu boleh mencapai 7cm ketika musim dingin
~ bulu di dalam telinga kelihatan panjang
~ bulu kalis air dan mudah disikat
~ bulu lebih panjang di bahagian perut, ekor dan leher (menyerupai singa)
~ bulu lebih pendek di bahagian bahu, kepala dan kaki
~ bulu panjang, tebal dan berat.
~ bulu sederhana panjang di punggung dan peha
~ bulu yang sedikit berminyak (kelihatan berminyak) dan kalis air
~ dagu yang tajam
~ dahi sedikit melengkung
~ dikenali sebagai gentle giant
~ ekor yang panjang dan lebar di pangkal dan menipis ke hujung
~ hidung lebar dan melengkung di hujung
~ kepala yang lebar
~ mata bewarna dari hijau , keemasan (dat's my Shiro) dan biru (kucing warna putih biasanya)
~ mata oval yang besar@bulat (macam Coco dan Gegurl), penglihatan yang baik
~ mempunyai badan yang besar, panjang dan kelihatan seperti 4 segi *hehe comel*
~ mempunyai kaki yang sedang panjang dan otot dan tulang yang kuat
~ Otot di pipi yang menonjol (cam pakai botox lak)
~ panjang badan boleh mencecah 1 meter
~ telinga yang besar, lebar dibawah, pendengaran yang baik






Kucing Maine Coon terpanjang pernah di jumpai adalah 121 cm.
(dari kepala ke ekor)



Wah ... sangat panjang cerita saya pada kali ini ! *Bangga* Saya tidak mengcopy bulat-bulat dari mana-mana laman, saya membaca dan menggabungkan cerita-cerita yang ada dan menggunakan ayat saya sendiri untuk entry ini.Sekian.



3 comments:

  1. Si penulis blog ni ada baka Maine coon yg nak dijual x?? :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, sangat bermanfaat kucing Maine Coon

    ReplyDelete