Showing posts with label Sunat Kucing. Show all posts
Showing posts with label Sunat Kucing. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Scan Kucing Bunting & Mandulkan Kucing Betina

Baru lepas call Han Vaterinari Surgery ( Tel : 07-355 5705 )

Tanya dia cas untuk scan kucing mengandung berapa ?
Dia kata kalau dah bunting sebulan, doktor chek pakai pegang je... dalam RM 20-30 je
But if pakai Ultra Sound (Scan) casnya RM 50.00

Kalau nak sunatkan kucing betina berapa ?
Dia kata if kucing betina tu tak on-heat dan tak bunting just RM 150.00
But if kucing betina tu on-heat dan bunting dia cas lagi RM 30.00

Itu je nak share dengan korang :)

Saturday, April 23, 2011

Fatwa mandulkan haiwan





Ulama berbeza pendapat (khilaf) didalam kes memandulkan haiwan.

Mazhab Hanafi
~ tidak menghalang perbuatan memandulkan haiwan kerana ia mendatang munafaat kepada haiwan dan manusia.

Mazhab Maliki
~ membenarkan hanya kepada haiwan yang boleh di makan, kerana ia menjadikan dagingnya lebih baik.

Mazhab Syafie
~mengatakan diperbolehkan memandulkan haiwan yang dagingnya boleh dimakan semasa haiwan tersebut masih kecil sahaja.

Mazhab Hanbali
~membenarkan kambing dimandulkan oleh kerana dagingnya akan menjadi baik, dan makruh dilakukan terhadap binatang lain.

Imam Ahmad
~memakruhkan terhadap mana-mana haiwan kerana ia menyakitkannya.

Terdapat beberapa pandangan ulama' yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat munafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan.


Syiekh Utsaimin rh. berkata "Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta"

Seterusnya Syeikh Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).

Menghalang kucing dari membiakkan zuriat adalah merupakan penghalang kepada proses semulajadi yang Allah kurniakan kepada makhluknya. Walaubagaimanapun, ia tidaklah seteruk menghalang manusia mengembangkan zuriatnya, dan tidaklah ianya menyalahi kejadian tuhan,

Rujukan pada "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" mengenai "neutering of pets" di bawah fatwa yang di keluarkan oleh JAKIM (July 2002):



"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."