Wednesday, May 25, 2011

Shiro ~ Kurus


Dah lama saya tak update blog ni, secara kebetulan banyak pekara yang berlaku dalam dua tiga minggu ni…. Ayah saya masuk hospital lah… pakcik saya meninggal la… haihhhh ….Sampaikan semalam, saya terperasan yang Shiro cam kurus je …. Saya terfikir-fikir … kenapa ye Shiro kurus pulak ? Saya dah belikan Royal Cannin untuk dia, air gamat , makanan basah … tapi macam dia kelihatan kurus je …. Pastu baru saya teringat .. saya dah 3 minggu tak pelok-pelok dia … tak ceoum-ceoum dia … mungkin la…. Pastu saya terus je ambil Shiro dan bawak dia round naik kereta …. Dan usap-usap badan dia … korang tau..punye laaa gedik Shiro…. Sampai terbaring-baring si gemok saya mintak di belai …. So saya simpulkan bahawa Shiro telah mengurus disebabkan oleh KURANG KASIH SAYANG …..



So kengkawan , bagilah kasih-sayang yang lebih terhadap haiwan peliharaan anda :)


Tapi saya berpuas hati bila saya bawak dia jalan-jalan ... orang semua cakap

"eeeee besarnye !!!"

"eh kucing ke anak harimau ni ?"

"bagi makan ape ni?"


Kiranya Shiro still besar laa dari kucing lain .. cuma ... mungkin sebab saya dah biasa tengok dia lagi besar dan gemok.. cam mane pun ... rakan-rakan opis pun cakap Shiro macam dah kurus sikit... *frust* , so saya bercadang nak luangkan masa yang lebih untuk menggemokkan Shiro balik ....

Thursday, May 5, 2011

Norwegian Forest Cat



handsomenye awak ni !


Norwegian Forest Cat dikatakan berasal dari hutan-hutan di daerah Norwegia dan Skandinavia di Utara Eropah, mereka di katakan moyang kepada kucing Maine Coon dan Manx. Biasanya orang memanggil mereka dengan panggilan Wegie. Manakala di Norway pula Norwegian Forest Cat di kenali juga sebagai Skogkatter (kucing hutan) atau Norsk Skogkatter di Norway. Pada ketika itu, Norwegian Forest Cat adalah baka kucing yag dipelihara oleh bangsa Viking dan kita boleh lihat kucing ini sering digambarkan dalam cerita-cerita dongeng di Norwegia.



kegunaan bulu yang tebal



Kalau di perhatikan Norwegian Forest Cat kelihatan seperti Main Coon , tapi jika di perhatikan kita akan lihat beberapa perbezaan antara mereka , tapi tak adalah banyak sangat ... sebab kedua-duanya berasal dari kawasan yang dingin dan Norwegian Forest Cat dikatakan moyang kepada Maine Coon so tidak peliklah kalau mereka kelihatan seaakan sama.



suka sangat bile kucing suka main air
tak ler calar balar tangan saya nanti hahaha


Ciri-ciri umum/sifat Norwegian Forest Cat :-

~ Penyabar
~ Boleh menyesuaikan diri dengan manusia dan haiwan lain
~ Dikenali juga sebagai gentle giants
~ Mampu berlari dengan laju
~ Manja
~ Pintar
~ Pemburu yang cekap
~ Berpenampilan yang kacak dan segak.
~ Dahulu Norwegian Forest Cat mahir menangkap ikan di danai dan sungai
~ Sangat menyukai air
~ Tidak memerlukan grooming yang kerap
~ Suka bermain , sesuai untuk dijadikan teman kepada anak-anak di rumah
~ Suka memanjat (so sediakanlah cat tree untuk mereka)
~ Suka menjadi boss dan akan mendominasi rumah.
~ Tidak mudah stress / marah



Ciri-ciri fizikal Norwegian Forest Cat :-

~ Bulu berjumbai pada jari kaki untuk melindungi kaki daripada kesejukan
~ Bulu kucing ini akan semakin panjang pada musim dingin dan mulai gugur pada musim panas
~ Bulu mereka adalah kalis air disebabkan outer layer yang kasar dan underlay yang tebal serta padat.
~ Bulu yang berkilat dan lembut
~ Ekor mengerbang yang panjang untuk melindungi diri mereka dari cuaca sejuk
~ Kucing betina hampir separuh daripadanya.
~ Kucing dengan warna gelap cenderung mempunyai bulu yang lebih pendek dibandingkan dengan kucing berwana terang atau warna putih.
~ Kucing dewasa mempunyai bulu disekitar tengkuk dan leher yang tebal
~ Kucing jantan mempunyai berat antara 6 – 10 kg
~ Mata berbentuk almond dan bersudut pada tapak telinga
~ Mempunyai bulu double-layered coat yang tebal
~ Telinga berjumbai seperti antena
~ Tulang mereka adalah kukuh dengan bahagian kepala berbentuk segitiga



comelkan ???



Wednesday, May 4, 2011

Kucing Maine Coon





Mitos dan sejarah Kucing Maine Coon ..


Mengikut apa yang telah saya baca di blog-blog , forum-forum
kucing dan laman sesawang yang lain ... Jenis kucing Maine Coon ni kononnya berasal dari USA, Maine. Berdasarkan mitos yang mana pada zaman dahulu ketika terjadinya revolusi di Perancis ada seorang Ratu Perancis yang bernama Marie Antoinette dengan bantuan Captain Samuel Clough telah melarikan diri daripada dihukum mati. Walaupun beliau melarikan diri , beliau membawa pelbagai koleksi peribadi beliau *sempat pulak ratu ni nak kemas harta benda dia, kalau saya la... good bye bebarang lain, saya kaut dua tiga uncang emas, saya blah laaaa... ops terlebih sudah* ,termasuklah 6 ekor kucing yang berbulu panjang. Setelah penat melarikan diri, Marie Antoinette pun berkampung la di Wiscasset, Maine dan dari sejak itulah wujudnya kucing-kucing Maine Coon di mana kucing-kucing Marie Antoinette yang 6 ekor tu dengan bebas telah berkahwin dengan kucing-kucing tempatan yang berbulu pendek.






Macammana pun ade orang cakap ... kita boleh cuba bayangkan baka kucing Birman berkahwin dengan Turkish, kucing Angora (yang katanya di bawa oleh pedagang Inggeris) berkahwin dengan Norwegian Forest Cat (telah dibawa ke Amerika oleh Bangsa Viking), mungkinlah perkahwinan-perkahwinan campur antara baka-baka kucing ini telah menghasilkan Kucing Maine Coon.


Oleh kerana bentuk bentuk dan warna ekor kucing Maine Coon seakan kor Racoon , maka ramai yang percaya bahawa kucing Maine Coon terhasil daripada perkahwinan Racoon dan kucing-kucing tempatan/liar. *errr boleh ke ?* Dan nama MAINE COON di ambil sempena nama tempat Ratu Perancis, Marie Antoinette berkampung di Wiscasset, Maine semasa melarikan diri.



Menurut rekod pertandingan kucing pernah di adakan di Madison Square Garden, Cosie yang berwarna brown tabby adalah kucing Maine Coon pertama yang telah mengambil bahagian didalam pertandingan itu. Cosie juga telah memenangi pertandingan itu.


Dikatakan juga kucing Maine Coon mula di daftarkan pada tahun 1950 dan enam orang penggemar kucing telah mula membiakkan kucing-kucing Maine Coon pada tahun 1968. Mereka juga membentuk "Maine Coon Breeders and Fanciers Association (MCBFA)" bagi mengekalkan keistimewaan baka ini.


Kalau korang nak tau, kucing Maine Coon asli (yang memula dulu) mempunyai lebihan jari kaki daripada kucing-kucing lain, tapi itu dulu laa.. sebab ade organisasi dan kelab-kelab kucing tidak mengiktiraf kucing-kucing polidactyl (mempunyai jari lebih). So .. sangat susahlah kalau korang nak jumpa kucing Maine Coon yang ade gen polidactyl ni...


Ciri-ciri umum/sifat Kucing Maine Coon ;-

~ aktif dan manja
~ bersifat ingin tahu yang tinggi *no wonder laa Shiro cepat je perhatikan bende-bende melintas*
~ bijak, pandai menyesuaikan diri
~ harga yang agak mahal
~ Jangkahayat: 9-15 years.
~ kelihatan cantik dan pembersih
~ kuat bermain-main
~ mengawal populasi tikus
~ penyayang walaupun nampak besar, kasar.
~ pertumbuhan dan perkembangan yang lambat (tak sure, cam kejap je dah besar kucing-kucing saya)
~ salah satu daripada baka kucing yang popular
~ suka nak berkawan
~ sukakan air (ini tak de !)
~ umur matang di jangka pada umur 3 hingga 5 tahun untuk saiz badan yang sebenar.



Ciri-ciri fizikal Kucing Maine Coon ;-
(kot-kot laa ade sama dengan ciri-ciri kucing korang)

~ berat kucing betina dewasa boleh mencapai dari 4kg sehingga 6kg
~ berat kucing jantan dewasa boleh mencapai 9kg
~ bulu boleh mencapai 7cm ketika musim dingin
~ bulu di dalam telinga kelihatan panjang
~ bulu kalis air dan mudah disikat
~ bulu lebih panjang di bahagian perut, ekor dan leher (menyerupai singa)
~ bulu lebih pendek di bahagian bahu, kepala dan kaki
~ bulu panjang, tebal dan berat.
~ bulu sederhana panjang di punggung dan peha
~ bulu yang sedikit berminyak (kelihatan berminyak) dan kalis air
~ dagu yang tajam
~ dahi sedikit melengkung
~ dikenali sebagai gentle giant
~ ekor yang panjang dan lebar di pangkal dan menipis ke hujung
~ hidung lebar dan melengkung di hujung
~ kepala yang lebar
~ mata bewarna dari hijau , keemasan (dat's my Shiro) dan biru (kucing warna putih biasanya)
~ mata oval yang besar@bulat (macam Coco dan Gegurl), penglihatan yang baik
~ mempunyai badan yang besar, panjang dan kelihatan seperti 4 segi *hehe comel*
~ mempunyai kaki yang sedang panjang dan otot dan tulang yang kuat
~ Otot di pipi yang menonjol (cam pakai botox lak)
~ panjang badan boleh mencecah 1 meter
~ telinga yang besar, lebar dibawah, pendengaran yang baik






Kucing Maine Coon terpanjang pernah di jumpai adalah 121 cm.
(dari kepala ke ekor)



Wah ... sangat panjang cerita saya pada kali ini ! *Bangga* Saya tidak mengcopy bulat-bulat dari mana-mana laman, saya membaca dan menggabungkan cerita-cerita yang ada dan menggunakan ayat saya sendiri untuk entry ini.Sekian.



Sunday, May 1, 2011

Take Care Geget !







Take Care Geget...
Nama Geget tu .. saya yang bagi ...
Tuan baru dia ... Cik Syikin bagi dia nama Cici
Thanks to Shikin sebab sudi nak jaga Cici
Walaupun last minute deal ngan saya...
Dan saya sangat happy bile shikin dan rakannya excited mengambil Cici
Walaupun menunggu saya travel dari JB to KL
Hope penantian korang terisi dengan adanya Cici
Nanti kalau ade pape masalah ke .. ade cerita .. jangan lupe info saya ye Shikin
Take Care Geget @ Cici
Gonna Miss U sayang ...

Miss You Bitsy !






Seekor lagi anak Coco dan Shiro dah saya lepaskan kepada Mama baru dia ...
Cik Ash dan Encik Ariey
One of my BFF *sayang korang*
Mereka bagi nama Bitsy pada kitten ni
Cam comel-comel je nama
Saya seronok sangat bile keluarga baru Bitsy sangat memanjakan Bitsy yang ngada-ngada ni
Sampai mama dia tak leh nak manje-manje ngan papa dia ..
Hahaha *serunuk*