Wednesday, April 27, 2011

Gegurl



Walaupun dia duduk kat dalam cage
Dia tetap nampak cantik :)


Time's Up






A.N.Y.M.O.R.E




maaf semua kitten telah di booking
sile cuba lagi di masa hadapan

*suke sangat sebab semua kitten dapat tuan baru yang baik-baik belaka*






Tuesday, April 26, 2011

Good Luck Zeela !





Satu-satunya kitten jantan yang saya ada...
dah di jaga oleh mummy baru beliau Cik Zeela
Saya sangat gembira sebab Cik Zeela sangat sayangkan Shenggo
Hehari saya usha FB dia... hehari tu gak dia citer pasal Shenggo yang tak reti duduk diam
Nama Shenggo pun Cik Zeela yang bagi
Sangat comel !

Good Bye Gemok...





Nama dia bukan laa Gemok
Tapi saya panggil dia Gemok sebab dalam 4 ekor tu, dia paling besar
Lepas tu pulak dia sebijik macam bapak dia, Shiro
Ade belang di kaki dan ekor
Saya baru je lepaskan dia ke tuan barunya ...
Bukan orang lain laaa BFF saya juga
So tak de laa sedih sangat... kalau rindu leh je nak jumpe Gemok ni
Ops ! Dah tukar nama
Kalau tak silap saya ... BFF saya bagi dia nama Suri Mutiara *marveles*
Nama cam ayu-ayu jerk
*mahap laaa Cik BFF , kalau dia memanjat .. tak de ghope ayu-ayu dahhh*
Semoga Suri Mutiara happy di samping mummy barunya ....

*lega*

Anak-anak Shiro dan Coco ~ 2 Bulan *SALAH SATUNYA FOR SALE*






Like Father, Like Daughter







Gambar adik-beradik


Semua gambar-gambar ni di ambil sekitar 2 minggu lepas ...


Monday, April 25, 2011

Penyakit Kucing ~ Feline Panleukopenia



Para penchinta kucing semestinya risau kalau kucing korang sakit ,
macam tu juga saya ..
sedang saya duduk-duduk di malam-malam hari ni ...
saya dengan rajin meng-google tentang penyakit-penyakit kucing ...
hope boleh share dengan korang...
Saya akan update dari semasa ke semasa...

Feline Panleukopenia
~ disebabkan oleh virus feline parvo
~ virus ini sangat cepat berjangkit
~ cepat membunuh kucing , terutamanya anak kucing di bawah 12 bulan.
~ Dikenali dengan nama distemper kucing, enteritis (seperti radang usus), demam kucing dan penyakit tifus kucing.
~ 70% daripada kucing yang dijangkiti penyakit ini akan mati.


Tanda-tanda kucing-kucing yang di jangkiti penyakit ini
~ hilangnya selera makan (aneroxia)
~ demam dalam tempoh yang lama (fever)
~ kelihatan lesu dan tak bermaya
~ hidung kucing menjadi kering (dehydrated)
~ muntah-muntah (Vomitting)
~ cirit-birit (diarrhoea)


Penyakit ini boleh di jangkiti melalui
~ kutu
~ darah
~ air kencing dari kucing yang telah dijangkiti.


Cara-cara pencegahan
~ Pastikan rumah kucing / cage / kandang kucing anda
~ Pastikan kucing anda di beri vaksin
~ Pastikan kucing anda di beri makanan yang tidak tercemar
~ Rajin-rajinkan lah berikan vitamin pada kucing kesayangan anda


Rakan saya cakap .. anak kucing dia susah nak hidup...
dan bila baca pasal penyakit ni ..
saya rasa may be anak-anak kucing dia dapat penyakit ni ....
sayang sangat ..... sebab kucing rakan saya cantik-cantik belaka...





cute kan ???
Anak-anak kucing kawan saya ....


Saturday, April 23, 2011

Anak-anak Shiro dan Coco ~ 1 Bulan


Sangat ekcited bila ada anak kucing yang sihat dan comel-comel ...
walaupun orang kata tak baik amik gambar kucing
walaupun orang kata tak baik pegang anak kucing baru lahir
nanti kucing mati laa.. sakit laa...
come-on guys !
sakit , sihat , susah , senang , semua dari ALLAH
bukan daripada kamera henpon ni *sambil tengok Blackberry di sisi*


Hari-hari saya amik gambar mereka
Hari-hari saya nak pegang mereka
sangat comel!


Ni namanya sekeluarga...
kecian Coco.. semua anak dia , sapu color Shiro
Hahaha... Risau gak Shiro geget ke .. makan ke bebudak ni
Nasib baik ... Shiro kucing yang berhemah ..
Dia tak makan bukan-bukan ... cuma dia sumbang mahram je dengan mak dia , Coco !



Masa ni mereka baru je nak bukak mata
rasa cam tak sabar nak tengok mereka bermata bulat !



Dan seterusnya .................
setelah semua dah bukak mata
walaupun kelihatan sepet-sepet sedikit
alololo comellnyeeee
masa ni .. jalan pun belum boleh sangat



Coco Lahirkan Anak Shiro



Shiro lahir pada 9.9.2009 .. dan anak dia lahir pada 14.2.2011 , comel je date-date tu kan? Hah ? Saya belum cerita pada korang yang Shiro dah ada anak ? Ops ! Sorry guys !!!!

Saya pun nebes gak masa Coco nak lahirkan anak ... ye laa... mane laa tau dia kawen ngan kuceng tepi-tepian lagi ke *hasilnya adalah gegurl*.... adoiii ... , bukan lah nak mengeluh nape .. cuma kucing kampung ni beranak skali banyak ... pastu cepat kawen .. nanti kalau dah beranak pinak , canne lak saya nak jaga ? Ish .. cam tak mampu jek .. Nak buang , sayang pula ...

Ok , berbalik pasal cerita saat Coco nak melahirkan anak ... saya sangat risau .. sebab ni first time saya nak sambut anak kucing sendiri ... *Coco + Shiro = baby kucing yang cantik menawan da'BOMB!* ... memula tu .. saya tengok Coco tak tentu arah .. macam tercari-cari je ... saya tanya kawan saya ... kawan saya kata "masa dah time" . Nebeeesss.... Nebeeesss... di tambah pulak saya terjumpa setitik air bercampur dengan darah ... lagi laa menguatkan fakta yang Coco akan beranak pada malam 14 Februari 2011.

Secara kebetulan .. rakan-rakan saya dari Kuala Lumpur bertandang di rumah ... dan saya bersyukur mereka semua memang ade pengalaman dengan kucing beranak ... saya banyak tengok je laa kali ni ... Sejam gak tengok Coco ni tak tentu arah .. tapi tak beranak-ranak lagik.. so saya pun bawaklah rakan-rakan saya round-round ke Danga Bay.... malam itu kami balik dalam sekitar jam 3 pagi ...

Gambar ni di ambil pada malam kejadian ... kawan-kawan saya sedang giat mengurut perut coco... sedih nengok Coco masa ni ... Beranak .. bukan senang .... sayang Coco... if korang leh nampak la... air ketuban bercampur darah dia dah keluar time ni ... lepas tu kitorang terus keluar....


Sampai je rumah saya terus je meluru ke bilik *Coco , memang saya letakkan di dalam bilik tidur saya , senang untuk saya pantau dia kalau dia beranak* , bila bukak je pintu ... Tuhan je laa yang tau apa yang saya rasa ... Anak kucing !!!! Ya Tuhaannnn.......!!!!!


Gambar ni di ambil beberapa jam selepas anak-anak kucing di lahirkan


Gambar ini di ambil pada hari ke-2 kucing-kucing kecil itu di lahirkan.




Coco selamat melahirkan 5 ekor anak kucing yang besar-besar belaka ... 4 color Shiro dan 1 ekor color Coco... sayangnya ... yang satu-satunya color Coco , mati..... *Sedih*

Dan .. malam tu juga kami gali lubang depan rumah .. tanam anak kucing ... tanam uri ... bersihkan bilik .. sebab ade kesan darah-darah kucing di sekitar kawasan Coco beranak... Dan saya sangat bersyukur sebab akhirnya saya dapat juga tengok anak Shiro ! :)



Gambar ini di ambil sehari selepas anak kucing di lahirkan
*sayang coco*








Fatwa mandulkan haiwan





Ulama berbeza pendapat (khilaf) didalam kes memandulkan haiwan.

Mazhab Hanafi
~ tidak menghalang perbuatan memandulkan haiwan kerana ia mendatang munafaat kepada haiwan dan manusia.

Mazhab Maliki
~ membenarkan hanya kepada haiwan yang boleh di makan, kerana ia menjadikan dagingnya lebih baik.

Mazhab Syafie
~mengatakan diperbolehkan memandulkan haiwan yang dagingnya boleh dimakan semasa haiwan tersebut masih kecil sahaja.

Mazhab Hanbali
~membenarkan kambing dimandulkan oleh kerana dagingnya akan menjadi baik, dan makruh dilakukan terhadap binatang lain.

Imam Ahmad
~memakruhkan terhadap mana-mana haiwan kerana ia menyakitkannya.

Terdapat beberapa pandangan ulama' yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat munafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan.


Syiekh Utsaimin rh. berkata "Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta"

Seterusnya Syeikh Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).

Menghalang kucing dari membiakkan zuriat adalah merupakan penghalang kepada proses semulajadi yang Allah kurniakan kepada makhluknya. Walaubagaimanapun, ia tidaklah seteruk menghalang manusia mengembangkan zuriatnya, dan tidaklah ianya menyalahi kejadian tuhan,

Rujukan pada "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" mengenai "neutering of pets" di bawah fatwa yang di keluarkan oleh JAKIM (July 2002):



"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."


Cara Saya Menggemokkan Kucing Saya


Ramai orang tanya saya ... macammana kucing saya boleh gemok-mantop-dan-gebu. Ape yang boleh saya jawab... Mungkin saya sejuk dengan kucing kot ... Ye laaa ade orang tanam pokok-pokok bunga , tapi tak jadik-jadik ... so orang kata .. tangan orang tu panas .. dats why dia tanam pokok je , mesti mati pokok tu ... cam tu gak saya ... Allah dah kurniakan pada saya .... bahawa setiap kucing yang saya bela akan gemok-mantop-dan-gebu . Alhamdulillah .....

Kalau orang tanya saya ... saya bagi kucing-kucing saya makan ape ... apa yang boleh saya jawab, saya bagi dia makan sama cam korang bagi makan *of couze laa nak yang terbaik* .

Masa kecik-kecik (kitten) , saya akan bagi kucing saya makan Royal Canin , ade macam-macam jenis Royal Canin dan korang semua boleh pilih mengikut kesesuaian kucing korang .







korang boleh tengok website Royal Canin di sini ----> http://www.royalcanin.us/ *sila klick*


Kemudian ... ntah macammana saya google kat internet .. orang kata kalau bagi kucing kita makan jeli gamat .. kucing kita akan gemok, tapi saya sendiri geli takut-takut nak pegang jeli gamat tu . So saya tukar kepada air gamat ....

Ni lah bentuk-bentuk Jeli Gamat


Eer.... maaf saya tak sanggup nak makan sebelum di siang


atau pun yang telah di siang ...

tapi bukan laaa yang macam tu pun kalau nak bagi kat kucing korang .... zaman dah moden ok ... ade je Jeli Gamat yang dah pakai baju ... cam yang kat bawah ni :)

Baru tergamak nak lihat , hihihi


Terus terang saya katakan ... ade kucing yang tak kisah minum air gamat ni ... ada yang kisah .. kalau campur dalam bekas minuman pun ade kucing yang tanak minum ... so ... apa yang boleh saya buat, masa kucing saya kecik-kecik .. saya paksa dia minum (macam paksa dia makan ubat tu) , tapi sejak dah besar ni ... saya tak berani nak paksa-paksa dia *hehehehe* nak tak nak ... saya akan sapu pada bulu kucing itu... sebab nanti dia jilat bulu dia *pandainyeeee saya hehehe*


Korang leh carik Air Gamat ni kat kedai-kedai kecil yang jual jamu-jamu ... or korang leh terus g ke Langkawi untuk membeli secara berkoyan-koyan. Kalau korang nak penerangan lanjut.. sila google Khasiat Gamat di laman sesawang yang membolehkan korang mengoogle ok!



Ade apa-apa lagi rahsia saya dapat gemok-mantop-dan-gebu kan kucing ?

Tak ade .... just bagi lah kasih+sayang+manje kat kucing-kucing korang .. walaupun kengkadang rasa nak lempang je sekor-sekor time derang sedang asyik bermain kejar-kejaran dalam rumah sampai pasu kesayangan korang pecah *winks*


Friday, April 22, 2011

Shiro ~ After 7 Bulan














Bukan manusia je yang pandai bergaya, kucing pun !
Semakin berusia , Shiro menjadi semakin pantang tengok kamera.
Ade je aksi yang dia nak posingkan


*malu*



Si Nakal Saya !













Sape cakap kucing gemok pemalas ?
Tak deeenyeee...



Shiro ~ After 6 Bulan



Semakin lama , Shiro semakin membesar
Dulu macam tak ade bulu, tapi bile dah cecah umur 6 bulan
dia membesar dengan drastik
sume bulu kat muka dah kuar..
macam lion je...
Tapi Shiro ni nampak je besar.. tapi still lagi main kejar-kejar
Dah laa dia besar... bile dia langgar je harta benda saya, sume jatuh!
Gewam !



Still lagi nak duduk kat perut saya walaupun dia semakin berat!




Selalu .. kalau balik kampung
saya memang bawak Shiro sekali ..
Dan dia di biarkan bebas dalam kereta...
port favret dia kat handbreak till now!
Dulu dia kecik... boleh la..
skang ni dah besar..
nak angkat handbreak sangat susah!




Si gedik!





agaknye dia slalu carik ilham duk macam ni hahaha





Eh, ensemnye kamu ..




Shiro ~ After 4 Bulan


SHIRO




Aksi favret dia



Pantang nampak handphone , tau je orang nak amek gambo dia



Beliau manje .....


Di pandai possing tau !